KURSUS ASAS PEMBUATAN KOMPOSIT (FIBERGLASS)
KURSUS ASAS PEMBUATAN KOMPOSIT (FIBERGLASS) (1-2 JUN 2016)
PEGENALAN: Kursus Satu Setengah hari ini akan merangkumi pendedahan kepada peserta berkenaan komposit dan fiberglass. Sesi teori seperti pendedahan kepada bahan yang digunakan untuk aplikasi komposit dan fiberglass akan diadakan pada hari pertama. Seterusnya sesi praktikal akan dijalankan sehingga hari kedua dibantu oleh tenaga pengajar berpengalaman dari makmal tersebut. Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan dengan bahan yang terlibat dalam komposit, langkah langkah keselamatan dan kesihatan, teknik dan aplikasi penggunaan fiberglass untuk pembuatan.
OUTPUT:
1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai teori dan aplikasi bahan komposit dalam pelbagai industri.
2. Memberi pendedahan praktikal dalam pembuatan asas komposit (fiberglass) dalam menghasilkan produk.
3. Mengajar teknik dan kemahiran asas dalam pembuatan bahan komposit.
METODOLOGI:
Pendedahan yang diberikan kepada peserta kursus adalah seperti berikut:
1. Teori dan aplikasi bahan komposit.
2. Penyediaan dan pengiraan bahan dalam penghasilan produk daripada bahan komposit.
3. Teknik ‘’wet hand lay-up’’ dalam pembuatan produk daripada bahan komposit.
4. Teknik ‘’de-moulding’’ hasil pembuatan produk daripada bahan komposit.
< KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BROSER >
PERTANYAAN:
Hal Akademik: Dr Mohd Shukur Zainol Abidin (045995965)(Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) Dr Aslina Anjang Ab Rahman (045995955)(Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Hal Teknikal: En Mohd Shahar Che Had@ Mohd Noh (045995920)(Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) En Hasfizan Hashim (045995922)(Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) En Azrul Shari (045995949)(Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Pendaftaran: Pn Che’ Fauziah Hanim Mohd Saad (045995951)(Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) Cik Nor Hayati Ashaari (045995984)(Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)